Wednesday, December 11, 2013

Never a Breeze

Setahun. wow. Dahsyat.
Currently listening to a cover of "Let Her Go" by none other than Kurt Schneider and Tyler Ward.
Amazing how music and a bunch of words can get to you, huh?
Dah lama aku tak terfikir pun nak tanya khabar blog ni. But obviously, being absolutely free of any kerja yang menyerabutkan jiwa, I have ample time in my hands to post entries.

As the world probably knows (bajet satu dunia kenal Diyana Taib), I'm not interested in keeping posted about what others are doing which has nothing to do with me. (The NBA has plenty to do with me, so itu wajib follow. How else am I supposed to know when Lin's coming back from his injury?) And I definitely have no interest in letting people know what I'm up to. Which brings me to the topic of my not getting the concept of twitter and these people getting tweet limits. What are they tweeting??? "Hold that thought, I need a potty break"?

 Kay. Tu lawak. Ada eh orang nak pergi tandas pun bagi tahu satu dunia?

But it's up to them laa. Who am I to say they're being ridiculous? Silakan wahai rakan-rakan di Twitter, Facebook dan sebagainya. Knock yourselves out and tell the world what colored underpants you have on today!

This past year had been a series of roller coaster rides from various different theme parks. You name it; Universal Studios Singapore, Sunway Lagoon Adventure Park, Legoland Malaysia, Genting Highland Theme Park, Cosmos World Times Square, heck, even Disneyland Hong Kong. Naik atas, turun balik, loop-de-loop, corner kanan, corner kiri, gostan pun ada. Gila ah. Nak putus nafas aku tahun ni. Air mata jangan cakap lah. Mahu tiga baldi penuh.

How about we tell this story from the angle of a Malay novelist eyy?

Mulanya hikayat apabila hanya tinggal beberapa hari bergelar budak form four. Studies memang tak tentu hala sejak awal tahun. Mana tidaknya. Kepala dah tak boleh nak fokus pada pelajaran. Aktiviti kokurikulum yang jauh lebih menarik jika dibandingkan dengan duduk menghadap buku pagi, petang siang, malam sememangnya cukup memenuhi ruang minda yang pada hakikatnya tidaklah seluas mana. Tambah pula menjadi seorang pelajar yang sentiasa berada di kelas paling hadapan sejak form one. Alhamdulillah setiap kali peperiksaan akhir tahun, keputusan boleh tahan warna melayang. (Flying colours. Saja hyperbola. Sue me kalau tak puas hati.) So naturally, my confidence that I would manage throughout the whole academic year even when piled up with extra curricular activities was sky high.

Dah memang salah diri sendiri kalau niat tak betul hari pertama menapak ke sekolah untuk mulakan sesi persekolahan tahun 2012. "This year, I really want to focus on the team. Kekalkan kejuaraan yang seniors tahun lepas tungkus-lumus dapatkan. Break a few rules maybe? I've been too good for too long. Bukannya aku ni prefect pun nak berlagak buat baik bagai. Yang penting, aku dah form four. Aku nak suruh juniors berus tapak kaki pun takde hal lah."

Bagus kan niat? Satu azam pasal nak maintain grades gempak pun tak ada. Elok punya perangai. Betul lah orang kata. Dah cecah 16 tahun, rasa diri sendiri je betul. Kata orang lain dah tak boleh pakai dah. Aku rasa perubahan dalam diri aku. Senang naik angin, senang tak puas hati dan susah nak terima kata-kata orang lain yang sebenarnya nak memperbetulkan apa yang dah terang lagi bersuluh tak betul. But I managed to contain the rebellious side of myself that was growing. Alhamdulillah persekitaran waktu tu membantu tahan diri daripada asyik nak memberontak. Mentaliti orang sekeliling masa tu masih kira boleh pakai. Empat tahun kut dengan orang yang sama dalam satu kelas. Dah selesa. Tapi semua orang membesar. Setiap manusia yang meningkat usia mengubah perspektif mengikut keadaan semasa. Kira tak adil lah kalau nak samakan pemikiran pemuda zaman dolu-dolu dengan anak muda sekarang kan?

*****
It's maghrib. Uhh, to be continued?



No comments:

Post a Comment